BUKIT MERTAJAM: Perayaan Kuih Bulan yang disambut pada setiap bulan kelapan dalam kalendar Cina iaitu pada akhir Ogos hingga akhir September, lazimnya memberi limpahan rezeki kepada pengusaha kuih tradisional berkenaan.
Turut menerima tempias seorang pengusaha biskut dan kuih-muih Melayu, Nur Farrah Diba Azhar, 33, yang tidak ketinggalan menghasilkan kuih bulan menggunakan resipi asli yang dipelajari daripada mendiang datuknya.
Kebolehan Nur Farrah Diba menghasilkan kuih bulan mengikut resipi tradisional itu bukan sahaja mendapat perhatian daripada pelanggan dalam kalangan masyarakat Cina, malah beliau sering mendapat tempahan daripada pelanggan Melayu kerana ia halal.
Beliau berkata kuih bulan tersebut dihasilkan sepanjang tahun, tetapi jumlahnya akan meningkat berkali-kali ganda apabila tiba Perayaan Kuih Bulan dan Pesta Tanglung dengan lebih banyak perisa akan dikeluarkan bagi memenuhi permintaan pelanggan.
"Saya mula terlibat secara serius dalam perniagaan ini sejak 2016 selepas lebih setahun belajar membuat kuih bakul daripada mendiang datuk saya, Teh Naik Ming iaitu ayah kepada ibu saya yang meninggal dunia pada 2015.
Pada tahun-tahun akhir kehidupan datuk yang memang berasal dari China, beliau bersungguh-sungguh turunkan ilmu untuk buat kuih bulan dan saya akhirnya berjaya menghasilnya bukan sahaja menggunakan resipi tradisional masyarakat Tionghua malah halal," katanya kepada Bernama.
Nur Farra Diba berkata meskipun kuih bulan merupakan manisan tradisional kaum Cina, tetapi kini ia sudah tiada asing dalam kalangan kaum lain termasuk Melayu kerana ia dibuat dengan bahan yang halal.
Malah, katanya beliau sering mendapat tempahan daripada masyarakat Cina terutama pada September untuk diberikan sebagai cenderahati kepada orang Melayu kerana tahu produk yang beliau hasilkan adalah halal.
"Sepanjang tahun saya hasilkan kuih bulan dengan pelbagai inti antaranya kacang walnut, pandan, kacang merah, buah teratai, red velvet, telur kuning masin dan pelbagai lagi, namun paling banyak tempahan pada September ialah kacang teratai dan telur kuning masin.
"Mereka (masyarakat Cina) sekarang ini bukan sahaja beli untuk makan sendiri, malah ramai yang beli untuk diberikan kepada rakan-rakan atau jiran yang berlainan bangsa sebab itu pilih yang halal, lagipun harga kuih bulan saya amat berpatutan iaitu antara RM5 dan RM12," katanya.
Ibu kepada seorang anak lelaki berusia empat tahun itu berkata ketika ini beliau dibantu empat pekerja bagi menghasilkan kuih bulan di kedainya di Bandar Perda, di sini dengan jualan turut dibuat menerusi laman sosial Facebook, Instagram dan TikTok.
Katanya beliau berpuas hati dapat menghasilkan kuih bulan halal kerana memberi peluang kepada orang Islam untuk menikmatinya tanpa was-was, malah syarikatnya turut menjual pelbagai jenis inti kuih bulan untuk pengusaha kuih bulan lain.
"Sepanjang sambutan Pesta Tanglung tahun lepas syarikat saya menerima tempahan kira-kira 8,000 biji kuih bulan, tetapi pada tahun ini jualan sedikit perlahan dan saya terpaksa menggandakan jualan menerusi laman sosial," katanya.
Menurut Nur Farra Diba perniagaan itu turut mendapat sokongan daripada suami serta empat adiknya walaupun masing-masing mempunyai kerjaya sendiri dan mereka akan bantu apabila tempahan terlalu banyak.
"Adik-adik tidak begitu pakar membuat kuih bulan kerana mereka tidak belajar daripada datuk, tetapi saya bertekad untuk turunkan ilmu serta resipi ini kepada mereka suatu hari nanti supaya dapat diteruskan pada masa hadapan," katanya.
Beliau turut bercita-cita untuk mempunyai kilang sendiri bagi menghasilkan kuih bulan dan pelbagai jenis kuih serta biskut dalam tempoh lima tahun akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 28 2023
Nur Farrah Diba Azhar menunjukkan kuih bulan yang dihasilkannya menggunakan resipi asli yang dipelajari daripada mendiang datuknya. - Bernama
Mahu cabar diri dorong penjawat awam berusia 59 tahun duduki SPM
Mahu mencabar kemampuan diri dan seronok belajar mendorong seorang penjawat awam berusia 59 tahun menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
Singapura akan bekerjasama rapat dengan Malaysia sokong Kepengerusian ASEAN 2025
Singapura bersedia untuk bekerjasama rapat dengan Malaysia dalam menyokong Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun depan.
Perhilitan tangkap beruang matahari betina di Tanah Merah
Perhilitan Kelantan menangkap seekor beruang matahari betina di Kampung Air Asahan Hulu, Tanah Merah, hari ini.
KPM terus tumpu latih guru agar mahir DELIMa
Kementerian Pendidikan (KPM) terus menumpukan usaha melatih guru yang belum menguasai sepenuhnya penggunaan portal Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) dari semasa ke semasa.
Remaja lelaki dilaporkan hilang di Bukit Broga ditemukan meninggal dunia
Seorang remaja lelaki ditemukan meninggal dunia hari ini selepas dilaporkan hilang ketika menjalankan aktiviti riadah di Bukit Broga, Semenyih, semalam.
AWANI Ringkas: Program Geran Kreatif KL 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [28/05/2024] – Kalau Ada Laporan, Ada Siasatan | Sudah Teliti Dan Periksa | Pelaburan Strategi Semikonduktor | 16 Peratus Daripada Baki Litupan Hutan
#AWANI745 malam ini bersama Dzulfitri Yusof;
1. PM serah kepada SPRM, siasat projek kerajaan selangor kepada suami Hannah
2. SPRM sahkan, suami Hannah tiada kes
3. Sasaran 500 bilion ringgit pelaburan semikonduktor
4. 3.2 juta hektar hutan semula jadi berisiko ditebang
1. PM serah kepada SPRM, siasat projek kerajaan selangor kepada suami Hannah
2. SPRM sahkan, suami Hannah tiada kes
3. Sasaran 500 bilion ringgit pelaburan semikonduktor
4. 3.2 juta hektar hutan semula jadi berisiko ditebang
AWANI Ringkas: Industri semikonduktor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jepun: Lelaki ditahan kerana cipta perisian hasad guna AI generatif
Polis Tokyo telah menahan seorang lelaki berusia 25 tahun kerana didakwa mencipta perisian hasad menggunakan alat kecerdasan buatan (AI) generatif yang tersedia dalam talian secara percuma.
Ekonomi Islam global berpotensi raih pertumbuhan besar - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata industri halal misalnya terbukti menjadi salah satu sektor paling kompetitif dan pantas di dunia.
Kuih bulan halal dapat permintaan masyarakat Tionghua
Nur Farrah Diba Azhar menghasilkan kuih bulan menggunakan resipi asli yang dipelajari daripada mendiang datuknya.
Agong, Permaisuri berangkat ke Majlis Santapan Malam Festival Tanglung
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk berangkat ke Majlis Santapan Malam Festival Tanglung Perpaduan Cina 2023, malam ini.
Nga cadang Perayaan Kuih Bulan Octagon masuk kalendar TMP 2024
Nga berkata, penganjuran majlis tersebut mampu merancakkan lagi aktiviti pelancongan dan ekonomi setempat.
Singapura tarik balik produk kuih bulan dari Malaysia
SFA telah mengarahkan pengimport, Easy Mix Pte Ltd, untuk menarik balik produk terbabit dari pasaran.
Jualan set hadiah kuih bulan mewah merudum, rakyat China elak pembaziran
Jumlah jualan set hadiah mewah kuih bulan mewah yang dijual pada harga 200 hingga 300 yuan (US$30 hingga US$45) merosot sebanyak 17 peratus tahun ini.